Top 10 Tempat Paling Berhantu di Dunia

0

10. Stanley Hotel-Estes Park, Colorado

Hotel ini memiliki sejumlah 138 buah bilik yang terletak berdekatan Rocky mountain National Park yang menawarkan panorama indah lagi memukau. Kisah berhantu ini adalah antara topik utama bagi pengunjung hotel ini. Tempat yang dikatakan berhantu di hotel ini datang dari dewan tarian hotel ini. Pekerja dapur hotel ini telah berhenti selepas mendengar bunyi bising seakan-akan parti datang dari dewan tarian ini. Untuk memastikan beliau memeriksa dewan itu dan mendapati dewan itu lengang dan tiada seorang pun berada di dalam dewan itu. Menurut pekerja hotel, hantu ini adalah merupakan isteri kepada Freelan O. Stanley, bekas pemain piano untuk hotel itu.


9. Rolling Hills Asylum-E. Bethany, New York
Merupakan tempat penyelidikan bagi aktiviti paranormal di New York. Antara kejadian pelik yang dilaporkan adalah suara aneh yang muncul, kewujudan bayan-bayang manusia dan banyak lagi.


8. White House-Washington
Pekerja rumah putih ini melaporkan insiden paranormal seperti penampakan hantu bekas Presiden Amerika Syarikat. Antara yang paling popular adalah hantu Abraham Lincoln. Hantu Abraham Lincoln dikatakan menghuni white house sejak kematiannya.


7. Raynham Hall-Norfolk, England
Antara rumah paling berhantu di England. Hantu the Brown Lady dikatakan menghuni rumah agam ini.


6. Whaley House-San Diego, California
Pada 1960an, rumah ini telah diiktiraf sebagai rumah berhantu oleh kerajaan Amerika Syarikat.


5. Waverly Hills Sanatorium-Louisville, Kentucky
Merupakan sebuah hospital dan dilaporkan kewujudan hantu sejak 1928. Antara insiden berlaku adalah kematian seorang jururawat bernama Mary Hillenburg yang ditemui mati tergantung di bilik nombor 502. Dia dikatakan mati membunuh diri. Namun kebanyakan orang percaya bahawa dia dibunuh oleh seorang doktor di hospital itu yang juga bekas teman lelaki wanita itu. Kemudian, selang beberapa tahun selepas itu, seorang jururawat membunuh diri dengan terjun dari tingkat dari bilik yang sama.


4. Queen Mary-Long Beach, California
Antara kapal berhantu di Amerika. Tempat yang dilaporkan paling berhantu ialah bilik enjin. Bilik enjin inilah tempat di mana remaja berusia 17 tahun mati terhimpit untuk melarikan diri dari kebakaran yang berlaku. Bunyi ketukan paip dari pintu bilik ini adalah insiden yang paling selalu didengari. Antara hantu yang menghuni kapal ini ialah "Gray Ghost".


3. Eastern State Penitentiary-Philadelphia, Pennsylvania
 Bangunan ini adalah merupakan bekas komplek penjara di Philadelphia. Al Capone, merupakan banduan yang paling terkenal di penjara ini. Dia dipenjarakan atas pemilikan senjata api haram pada tahun 1929. Semasa dipenjarakan, Al Capone dikatakan telah diseksa oleh hantu bernama James Clark. James Clark ialah mangsa yang dibunuh dengan kejam oleh Al Capone pada hari St. Valentine. Menurut warden penjara, bermacam macam bunyi boleh didengari di komplek penjara ini.


2. Tower of London- England
 Antara kejadian kejam yang telah berlaku di sini adalah pembunuhan 2 putera raja pada 1483. Menurut cerita pengawal di istana ini pada abad ke 15, kelibat kedua-dua putera raja itu sering dilihat menuruni tangga dari menara di istana itu.


1. Myrtles Plantation-St. Francisville, Louisiana
 Dibina pada 1796 oleh Jeneral David Bradford. Rumah ladang ini dikatak dihuni oleh beberapa hantu. Menurutk ahli sejarah yang mengkaji tempat ini, sebanyak 10 kes pembunuhan telah berlaku di rumah ladang ini. Terdapat 2 hantu yang sering dilihat di rumah ladang ini. Pertama, seorang wanita Perancis yang berjalan dari bilik ke bilik mencari sesuatu. Kedua, merupakan hantu di tempat piano yang dikatakan berlatih satu kod piano berulang ulang kali. Yang ketiga ialah seorang budak perempuan yang muncul sebelum ribut petir berlaku.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...