Berapakah Kos Untuk Membina Sesebuah Piramid Pada Masa Sekarang?

0


Walaupun dengan menggunakan kren, traktor dan trak, adalah sukar untuk membina sebuah piramid seperti piramid Giza di Mesir. Piramid Giza telah dibina pada 4500 tahun yang lalu. Piramid ini yang unik dan menarik perhatian setiap individu dikatakan telah dibina secara mistik dan penglibatan makhluk asing ataupun alien.

Dengan berdasarkan plan, kita boleh membina sebuah piramid dengan kos sebanyak RM15 billion!!!

Piramid Giza adalah 756 kaki panjang untuk setiap sisi, 481 kaki tinggi dan dihasilkan daripada 2.3 juta bongkah batu  yang seberat 3 tan setiap satu dengan berat keseluruhan menjangkau 6.5 juta tan. Menurut perkiraan, piramid dibina dalam tempoh 20 tahun! Hal ini bermakna setiap bongkah disusun setiap 5 minit setiap hari!

Sebenarnya tiada rancangan untuk mereplika piramid asal, tetapi untuk membina piramid yang lebih kecil. Earth pyramid project, yang berpangkalan di UK, sedang mengumpul dana untuk membina piramid yang bersaiz lebih kecil ini. Bongkah batu yang digunakan akan diambil dari setiap pelusuk dunia. Projek mega ini dibiayai oleh kerajaan UK dan organisasi lain di dunia. Piramid ini akan dibuka 1000 tahun lagi!!


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...