Top 10 Alasan untuk tidak membuat Homework

0

10. Malas (Tak nak buat)

Alasan yang diberikan oleh pelajar paling keras kepala di sekolah. Mereka merasakan kerja sekolah itu tidak penting dan hanya membuang masa mereka untuk membuatnya.


9. Mesin Basuh
Mereka akan menyalahkan ibu mereka yang tidak memeriksa kocek sebelum membasuh baju. Ini menyebabkan soalan yang diberikan hilang lalu tidak dapat menyiapkan kerja rumah.


8. Tertidur
Alasan yang kurang relevan tetapi kerap kali digunakan. Berkesan?


7. Dirompak
Alasan yang selalunya digunakan remaja perempuan. Mereaka akan mengatakan bahawa beg mereka diragut semasa dalam perjalanan ke sekolah.


6. Salah pembantu rumah
Alasan bagi pelajar yang kaya atau berada. Pelajar ini akan mengatakn bahawa Pembantu rumah mereak telah meletakkan kerja rumah mereka di tempat yang tidak diketahui ataupun telah membuang kerja rumah tersebut kerana menyangka itu hanya sampah.


5. Buku tertinggal di sekolah
 Alasan yang lapuk dan tidak boleh dipakai lagi masa kini. Dengan kemajuan teknologi yang ada zaman sekarang, alasan ini sudah tidak relevan lagi untuk digunakan.


4. Meninggal Dunia
 Mengatakan bahawa saudara terdekat telah meninggal dunia dan ini menyebabkan mereka tidak membuat kerja rumah. Amboi...


3. Komputer rosak
Alasan yang selalu diberikan apabila kerja rumah yang diberikan memerlukan menggunakan komputer. Antara masalah komputer utama ialah komputer terkena virus, motherboard terbakar dan skrin meletup. Betul ke?


2. Sakit
Alasan yang paling selalu digunakan oleh mana-mana pelajar di dalam dunia ini. Sakit perut, sakit kepala dan tangan yang sakit adalah punca utama sakit bagi pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumah ini.


1. Homework dimakan oleh anjing
 Alasan yang paling popular diberkan oleh pelajar. Antara contoh paling popular yang digunakan ialah "Malam semalam anjing saya masuk ke bilik saya dan secara tidak sengaja memakan dan mengoyakkan kerja rumah yang telah saya buat."






Anda bagaimana?


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kartikel Ping Blog Directory Blogged.my

BlogMalaysia.com