iPad 3 Berkemungkinan akan dilancarkan pada 7 March
0
Sebuah laman web telah mengatakan bahawa tablet apple iaitu iPad 3 akan diumumkan pada 7 Mac ini. Laman web ini jugalah yang telah meneka dengan secara tepat tarikh pelancaran iPhone 4S.
Dalam laporan yang dikeluarkan di laman web tersebut Isnin lepas, iMore berkata "menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai", Apple akan melancarkan generasi ketiga tablet mereka dalam hanya beberapa minggu lagi. Tablet itu dikatakan akan menampilkan 2048x1536 Retina display, quad-core processor dan berkemungkinan dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE.
Laporan itu juga melaporkan bahawa pelancaran iPad 3 akan diadakan di Yerba Buena Center, San Francisco.
Selain dari Retina display dan quad-core processor, keupayaan bateri iPad 3 telah ditingkatkan, selain daripada keupayaan fotogtafi. Jika dilihat kepada imej yang dikeluarkan mengenai prototaip iPad 3 baru-baru ini, maka rupa iPad 3 akan sama seperti iPad 2.
Apple iPad telah menguasai pasaran tablet dengan pengeluaran sebanyak 55 juta unit, sejak pelancarannya pada April 2010. Tiada syarikat pengeluar tablet yang dapat menandingi rekod penjualan iPad. Hanya Amazon, dengan pengeluaran tablet Kindle Fire yang dilancarkan baru-baru ini telah dijual dengan larisnya, terutamanya di Amerika Syarikat.
sumber:http://news.yahoo.com/ipad-3-launch-date-march-7-looking-likely-025004400.html

Category ipad 3, tarikh ipad dikeluarkan